Posts

Showing posts from 2015

KEM CUTI SEKOLAH 2015

Image
Jom sertai program kem cuti sekolah  KEM ANAK HEBAT  ~ Permata Ayah Bonda~  Bersama : Ybhg. Ustaz Sulaiman Ismail  (Motivator Cemerlang Malaysia)  Pendaftaran :  - Sila hantar sms NAMA PESERTA, UMUR, SEKOLAH dan  ALAMAT LENGKAP . - Hantar ke nombor :  017-5530432 " Anda akan kami hubungi " 

50 TIPS RANGSANG ANAK BELAJAR ...

Image
Pakar perkembangan bayi percaya bahawa tahun-tahun pertama kehidupan bayi merupakan tempoh utama pembelajaran berlaku. Anda tidak perlu muzik-muzik klasik, pita-pita belajar bahasa atau kad imbas untuk merangsang otak bayi atau kanak-kanak. Alat pembelajaran terbaik baginya ialah ANDA. Bercakap, menyanyi dan ketawa bersama-sama. .. jenis-jenis interaksi-interaksi harian begini adalah lebih penting. Namun, kadangkala memang sukar untuk memikirkan cara-cara baru untuk merangsang anak kecil anda (terutama sekali apabila anda tidak tidur malam meredakan tangisannya) . 50 aktiviti menarik (dan berdasarkan sains) yg disyorkan ini pasti membuahkan hasil. 1-BERTENTANG MATA Ambil peluang ketika mata si kecil terbuka luas dan lihat dalam-dalam anak matanya. Bayi kecil dapat mengenal wajah di awal usia dan wajah anda adalah yang paling penting. Setiap kali dia merenung anda, dia sedang membina memorinya. 2-BERCAKAP-CAKAP DENGANNYA Walaupun reaksi yang akan anda dapat adala...

4 tanda perempuan yang berkat:

Image
1. Yang cepat nikah. 2. Yang banyak anak. 3. Yang rendah mas kahwinnya. 4. Yang baik maruah (akhlak).

6 Kemahiran mengingat

Image
Kemahiran belajar tidak lengkap jika kamu tidak melalui proses mengingat. Segala fakta yang diterika hendaklah disimpan agar tidak lupa uantuk dikeluarkan apabila diperlukan. Justeru disini, dicadangkan beberapa kaedah yang dapat membantu mempertingkatkan teknik mengingat: 1.     HAFAL isi yang dibaca ·          Ingatkan perkara yang utama yang perlu kamu ketahui dalam pembacaan itu. ·          Contohnya : Sebelum membuka buku,ingat “apakah warna pelangi dan bagaimanakah pelangi terbentuk?” 2.     Isi DISUSUN dengan betul ·          Sebutkan isi yang kamu hafal ·          Ketika menghafal suara mesti jelas supaya telinga mendengar apa yang kamu hafal. 3.     Tentukan perkara yang perlu DIINGAT ·          Pastikan turu...

7 Kemahiran Mencatat Nota Belajar

Image
Kemahiran mencatat nota yang berkesan perlu ada  kemahiran-kemahiran berikut: 1.    Kemahiran MENDENGAR Digunakan semasa proses pembelajaran Boleh dilakukan serentak Kefahaman dan pengetahuan boleh ditingkatkan. 2.    Kemahiran MEMBACA LAJU. Digunakan semasa menyalin nota daripada buku. Menjimatkan masa menceduk idea-idea utama. Bahan-bahan dapat disusun dengan teratur. 3.    Kemahiran MENULIS Tulisan perlu jelas kerana jika tidak hanya membuat kerja sia-sis sahaja. Mampu menulis dengan cepat dan kemas. Tahu menulis menggunakan huruf singkatan boleh melipatgandakan usaha kamu. 4.    Catatkan KATA KUNCI sahaja. Memilih isi-isi penting sahaja. Dapatkan rumusan yang boleh mengukuhkan kefahaman kamu. Pastikan penggunaan kata kunci yang dipilih boleh difahami. 5.    NOTA RINGKAS dan padat Nota yang dibuat mesti kamu fahami send...

9 Kemahiran Membaca Berkesan

Image
Dalam proses Kemahiran Belajar, kemahiran membaca seharusnya tidak dipandang remeh oleh pelajar. Kemahiran membaca yang betul akan dapat meningkatkan pemahaman dengan lebih berkesan. Oleh itu teknik membaca yang betul amat penting dalam suatu proses pembelajaran,  Berikut adalah beberapa teknik dapat membantu mempertingkatkan kemahiran membaca: 1.Membaca secara BERHATI-HATI -Beri tumpuan terhadap apa yang dibaca -Cuba fahami fakta-fakta penting sepenuhnya -Elakkan gangguan radio dan televisyen 2Membaca secara MENYELURUH -Bacaan hendaklah menyeluruh daripada pengenalan hingga ayat terakhir -Jangan anggap bahagian pengenalan kurang apenting -Bahagian pengenalan memberi gambaran tentang isi kandungan bab. 3.Membaca secara BERULANG-ULANG -Bacaan berulang membantu mengingat fakta dengan lebih baik -Isi-isi juga dapat difahami secara mendalam. Ini dapat mengelakkan kamu tertinggal membaca fakta penting. 4.Membaca dalam SUASANA yang SELESA -Lam...

Kemahiran Mendengar dan Bertutur

Image
Kemahiran mendengar dan bertutur merujuk kepada keupayaan murid memahami perkara yang didengar dan menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan, serta idea yang kritis dan kreatif secara lisan dalam pelbagai situasi pengucapan sama ada dalam perbualan harian atau situasi formal. Kemahiran mendengar dan bertutur sememangnya saling berkaitan. Kemahiran mendengar dan bertutur merupakan kemahiran utama yang perlu dikuasai oleh pelajar. Malangnya, pelajar sering mengabaikan penguasaan kemahiran ini kerana menganggap kemahiran mendengar kurang relevan dalam meningkatkan penguasaan dalam pelajar. Begitu juga pelajar kurang melibatkan diri secara aktif dalam perbincangan di dalam atau di luar bilik darjah. Sangkaan tersebut ternyata meleset.  Sebenarnya, mendengar dan bertutur merupakan elemen penting dalam proses komunikasi yang berkesan antara manusia. Dalam komunikasi yang efektif, pelajar perlu menjadi pendengar yang baik. Pelajar perlu mendengar dengan teliti dan memberi p...

7 Perkara Yang Membuatkan Kita Bermotivasi Di Waktu Pagi

Image
1.Bersyukur, bersyukur, bersyukur Bersyukurlah sebab anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, anda juga masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin . 2.Tekad Bermotivasi Pasang niat dalam hati yang anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua. Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab ,   ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari. 3.Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3 dan sesi motivasi Dr Izzy di Hot FM. Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni . Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga ia mudah turun. Kesannya, anda menjadi tidak bersemangat, lemah longlai dan lemas. 4.Dalam Apa Jua Yang And...

10 PETUA untuk jadi guru CEMERLANG.

Image
Kecemerlangan sebenar seorang guru tidak boleh diukur pada keupayaan dan kemampuan mengajar semata-mata kerana fungsi sebenar guru bukan setakat melahirkan pelajar yang mempunyai pencapaian terbaik dan cemerlang dari segi inteleknya, tetapi juga merangkumi segenap aspek kehidupan insan iaitu jasmani, emosi, dan rohaninya dan berakhlak cemerlang ( Hasrat yang tersirat di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan ). Berikut 10 petua yang perlu dilaksanakan guru untuk menjadi orang yang cemerlang :- 1.Guru sebagai PENDAKWAH : Guru bertanggungjawab bukan saja mengajar dan menyampaikan ilmu kepada pelajarnya, tetapi juga membentuk mereka menjadi insan sehingga boleh berperanan mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah manusia melakukan perkara yang tidak baik. 2.Guru sebagai PENDIDIK : Guru perlu melaksanakan tugas asasinya untuk membentuk pelajar menjadi insan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani an intelek seperti yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. ...