Posts

Showing posts from March, 2015

TEKNIK MENCATAT NOTA BERKESAN

Image
Pengambilan nota adalah satu tindakan penting ketika belajar. Kita tidak boleh menulis kesemua apa yang diucapkan oleh guru ataupun pensyarah. Ini kerana, tidak semua perkataan-perkataan yang keluar daripada mulut mereka begitu perlu untuk kita catatkan. Berikut adalah jenis-jenis pengambilan nota ketika waktu belajar. Kaedah ‘split method’ Kaedah 2-6 split method adalah pengambilan nota melibatkan pengajaran dalam kelas dan juga dari buku teks. Jadi, gabungkan nota-nota daripada kedua-dua sumber tersebut dalam satu kertas. Buat garisan tengah yang membahagikan antara nota dari pengajaran dalam kelas dan juga nota dari buku teks. Dengan ini, apabila anda mengulangkaji pelajaran, anda dapat mengulangkaji kedua-duanya sekali. Kaedah Nota Berkumpulan (group note) Pasti anda rasa penat jika anda seorang saja terpaksa mengambil nota dengan tergesa-gesa. Untuk mengatasi masalah ini, buatlah satu kumpulan dan susun jadual untuk menentukan giliran ahli kumpulan mengambil...