TEKNIK MENCATAT NOTA BERKESAN
Pengambilan
nota adalah satu tindakan penting ketika belajar. Kita tidak boleh menulis
kesemua apa yang diucapkan oleh guru ataupun pensyarah. Ini kerana, tidak semua
perkataan-perkataan yang keluar daripada mulut mereka begitu perlu untuk kita
catatkan.
Berikut
adalah jenis-jenis pengambilan nota ketika waktu belajar.
Kaedah ‘split
method’
Kaedah 2-6
split method adalah pengambilan nota melibatkan pengajaran dalam kelas dan juga
dari buku teks. Jadi, gabungkan nota-nota daripada kedua-dua sumber tersebut dalam
satu kertas. Buat garisan tengah yang membahagikan antara nota dari pengajaran
dalam kelas dan juga nota dari buku teks. Dengan ini, apabila anda
mengulangkaji pelajaran, anda dapat mengulangkaji kedua-duanya sekali.
Kaedah Nota
Berkumpulan (group note)
Pasti anda
rasa penat jika anda seorang saja terpaksa mengambil nota dengan tergesa-gesa.
Untuk mengatasi masalah ini, buatlah satu kumpulan dan susun jadual untuk
menentukan giliran ahli kumpulan mengambil nota. Kemudian, gabungkan nota-nota
tersebut.
Kaedah ‘tape
recorder’
Bukan semua
orang mampu menulis nota dengan cepat. Menggunakan tape recorder boleh
memperincikan lagi pengambilan nota. Anda boleh ‘double check’ apa yang
diajarkan di kelas ataupun kuliah. Walaupun begitu, anda harus segera menulis
nota dari ‘tape recorder’ tersebut agar ia terus segar di minda.
Bersedia
masuk kelas
Antara
faedah-faedah membuat persedian sebelum masuk ke kelas:
1) Anda akan
mesra dengan pembelajaran itu.
2) Awak tahu
apa yang perlu ditanya jika tidak faham.
3) Anda tidak
perlu membuang masa mencatat nota sedangkan maklumat-maklumat sudah tersedia
dalam bahan bacaan.
Menggunakan
pensil warna
Ya, bunyinya
agak menyusahkan. Namun, dengan menggunakan warna dalam pengambilan nota dapat
menyegarkan 50%-80% maklumat dalam minda tanpa membaca kali kedua.
Kesimpulannya,
kajian menunjukkan 80% maklumat akan segar di dalam minda jika kita
mengulangkajinya dalam masa 24 jam.
Comments
Post a Comment