1. Vision Board Anda Adakah anda ada Vision Board? Vision Board adalah satu jenis koleksi gambar apa-apa perkara yang anda nak capai dalam hidup. Apa-apa aje. Gambar itu ditampal pada dinding atau dalam jurnal kecemerlangan anda supaya anda boleh tengok ia dan visualisasi / bayangkan setiap hari. Minda kita merakamnya dalam gambar dan sebab itulah Vision Board sangat berkesan dalam memotivasikan kita. Contoh, jika salah satu impian anda adalah nak ada banglo tepi pantai, carilah gambarnya dalam majalah atau mana-mana sumber dan gunting. Tampal pada Vision Board anda. Biasakan diri untuk tengok Vision Board dan visualisasi / bayangkan bayang anda dah capainya setiap hari. Teknik ni sangat berkesan kerana ia bantu untuk cipta keinginan kepada apa yang kita nak capai dalam minda melalui penggunaan minda. Lebih kerap anda fikir apa yang anda nak capai dalam hidup ini, lebih tinggi peluang anda capai impian itu. Dengan membayangkan anda memandu...
Kita renungkan kembali beberapa petua atau tips kejayaan yang telah Allah SWT titipkan di permulaan surah Al-Mu’minun, surah yang ke-23 di dalam lembaran Al-Quran. · Keyakinan, kepercayaan and keimanan kepada Allah SWT “Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman.” [23:1] Iman dan kejayaan disebut oleh Allah SWT dalam ayat yang sama. Maka imanlah faktor utama kejayaan. Dan keyakinan yang tinggi inilah yang akan melahirkan sikap positif yang bakal disebutkan dibawah. · Fokus, bersungguh-sungguh, sepenuh hati “iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya.” [23:2] Lakukan satu-satu perkara dalam satu-satu masa. Jangan mencapah dan melayang fikiran ke sana ke mari. Lakukan dengan sepenuh hati, bukan sambil lewa. · Prioriti. Mengutamakan apa yang utama. “dan orang-orang yang menjauhkan diri dari lagha (perbuatan dan perk...
Comments
Post a Comment