Kemahiran Mendengar dan Bertutur
Kemahiran
mendengar dan bertutur merujuk kepada keupayaan murid memahami perkara yang
didengar dan menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan, serta idea yang kritis
dan kreatif secara lisan dalam pelbagai situasi pengucapan sama ada dalam
perbualan harian atau situasi formal.
Kemahiran
mendengar dan bertutur sememangnya saling berkaitan. Kemahiran mendengar dan
bertutur merupakan kemahiran utama yang perlu dikuasai oleh pelajar. Malangnya,
pelajar sering mengabaikan penguasaan kemahiran ini kerana menganggap kemahiran
mendengar kurang relevan dalam meningkatkan penguasaan dalam pelajar.
Begitu
juga pelajar kurang melibatkan diri secara aktif dalam perbincangan di dalam
atau di luar bilik darjah. Sangkaan tersebut ternyata meleset. Sebenarnya, mendengar dan bertutur merupakan
elemen penting dalam proses komunikasi yang berkesan antara manusia.
Dalam
komunikasi yang efektif, pelajar perlu menjadi pendengar yang baik. Pelajar
perlu mendengar dengan teliti dan memberi perhatian terhadap perkara yang
disampaikan. Selepas itu, pelajar juga harus mampu mengeluarkan pendapat atau
pandangan terhadap sesuatu isi pelajaran yang dipelajari Tujuan kita mendengar
sesuatu adalah untuk mendapat maklumat, fakta atau pengetahuan daripada perkara
yang didengar.
Tidak
kira siapapun penyampainya, yang pentingnya ialah orang tersebut mampu
memberikan maklumat, memberi penjelasan tentang sesuatu yang bermakna kepada
kita supaya kita lebih memahami hal terebut.. Begitu juga halnya dalam P&P
di bilik darjah. Pelajar perlu memberikan perhatian yang sepenuhnya terhadap
perkara yang disampaikan oleh guru.
Caranya,
pelajar perlu mendengar dan memandang ke arah guru serta memberi fokus terhadap
perkara yang diajarkan oleh guru. Amat perlu untuk pelajar mendengar penjelasan
guru tentang sesuatu perkara yang dipelajari supaya pelajar dapat memahami isi
pelajaran.
Sekiranya
ditanya oleh guru, pelajar harus berkemampuan untuk memberi jawapan. Begitu
juga halnya ketika pelajar tidak jelas atau memahami sesuatu isi pelajaran.
Dalam hal ini pelajar berupaya mengaju soalan kepada guru atau rakan-rakan bagi
memperoleh maklumat yang dikehendaki.
Comments
Post a Comment