7 Kemahiran Mencatat Nota Belajar
Kemahiran
mencatat nota yang berkesan perlu ada kemahiran-kemahiran berikut:
1. Kemahiran MENDENGAR
- Digunakan
semasa proses pembelajaran
- Boleh
dilakukan serentak
- Kefahaman
dan pengetahuan boleh ditingkatkan.
2. Kemahiran MEMBACA LAJU.
- Digunakan
semasa menyalin nota daripada buku.
- Menjimatkan
masa menceduk idea-idea utama.
- Bahan-bahan
dapat disusun dengan teratur.
3. Kemahiran MENULIS
- Tulisan
perlu jelas kerana jika tidak hanya membuat kerja sia-sis sahaja.
- Mampu
menulis dengan cepat dan kemas.
- Tahu
menulis menggunakan huruf singkatan boleh melipatgandakan usaha kamu.
4. Catatkan KATA KUNCI sahaja.
- Memilih
isi-isi penting sahaja.
- Dapatkan
rumusan yang boleh mengukuhkan kefahaman kamu.
- Pastikan
penggunaan kata kunci yang dipilih boleh difahami.
5. NOTA RINGKAS dan padat
- Nota
yang dibuat mesti kamu fahami sendiri
- Nota
yang ringkas danpadat boleh menyegarkan ingatan kamu
- Nota
yang dibuat mestilah nota yang boleh meningkatkan tahap ingatan kamu.
6. Gunakan PERKATAAN sendiri
- Cara
ini menambahkan lagi daya ingatan atau penghafalan kamu.
- Hal
ini kerana nota kamu adalah hak kamu.
- Hanya
kamu yang faham apa yang kamu tulis.
7. Faham setiap KATA KUNCI
- Jangan
menggunakan kata kunci yang mengelirukan kamu.
- Masa
akan terbuang dan usaha kamu adalah sia-sia sahaja jika nota yang dibuat
tidak difahami.
Comments
Post a Comment