10 Cara Hebat Untuk Fokus Di Dalam Kelas
Kita kerap kali diingatkan bahawa sebahagian besar pembelajaran berlaku ketika di dalam kelas. Ini kerana ketika inilah segala maklumat diterangkan sebaiknya oleh
guru. Andai kita tidak fokus ketika di dalam kelas, maka hilanglahsebahagian besar maklumat yang dipelajari. Mengetahui hal ini, semua
pelajar berusaha yang terbaik untuk meningkatkan fokus di dalam kelas. Tetapi
kalau dah mengantuk letih, bosan, macam mana nak fokus di dalam kelas?
Jadi, saya ingin berkongsi 10 cara hebat
memaksimakan fokus anda ketika di dalam kelas. Jom baca dan cuba amalkan!
1. Set Niat:
Apabila anda
mula berniat untuk fokus dalam kelas, niat anda didengari oleh 2 pihak. Yang
pertama ialah Allah. Tatkala mendengari niat ikhlas untuk menumpukan perhatian
dalam kelas, Insyaallah, Dia akan permudahkan segala urusan yang baik. Yang
kedua ialah tubuh anda. Tubuh anda mendengar segala percakapan anda dan
bertindak mengikut apa yang didengarinya. Inilah fungsi “Neuron Peptide”. Jika
anda berpesan kepada tubuh untuk fokus dalam kelas, segenap anggota badan
luaran dan dalaman pasti membantu anda untuk mencapai apa yang dicakapkan.
2. “Preview” Topik:
Kelonggaran fokus lazimnya berlaku apabila kita tidak faham tajuk yang
dipelajari. Apabila mula kabur, mulalah bosan, “tension” dan hilang fokus.
Solusinya, dapatkan idea awal tajuk yang bakal dipelari. Ini untuk memudahkan
pemahaman ketika di dalam kelas. Apabila cepat anda faham, lebih bertambah
fokus anda dalam kelas. Selain itu, apabila mudah faham, bertambahlah juga
semangat dan keseronokan anda untuk terus belajar. Ini dapat memaksimakan fokus
anda di dalam kelas.
3. Catat Nota:
Mencatat nota ketika sesi pembelajaran dalam kelas membantu anda mengekalkan
“flow” ataupun aliran idea yang disampaikan guru. Pelajar yang tertinggal,
hilang punca aliran idea ketika pembelajaran seringkali merasa “tension” dan
tidak lagi fokus dalam kelas. Pemahaman mereka ibarat berlubang-lubang. Yang
ini sikit, yang itu sikit. Jadi, mencatat nota dapat mengatasi masalah ini.
Pelajari teknik dan skil mencatat nota untuk menghasilkan nota yang lebih
efektif.
4. Kawal Pernafasan:
Terdapat dua teknik pernafasan iaitu teknik pernafasan aktif dan tenang. Ketika
di dalam kelas, lebihkan pernafasan aktif (pernafasan beta), iaitu pernafasan
yang dalam tetapi pendek. Pernafasan ini adalah pernafasan normal manusia
ketika sedar. Pernafasan ini membuatkan minda berada dalam keadaan aktif.
Selepas seketika, selangkan pernafasan anda dengan pernafasan tenang
(pernafasan alpha), iaitu menarik nafas dalam dan panjang ke dalam diafragma
(paru-paru), hembuskannya perlahan-lahan. Pernafasan alpha menghasilkan
ketenangan kepada otak.
5. Postur Badan:
Postur
badan anda mempengaruhi psikologi anda. Contohnya, jika anda berbaring, pasti
akan mengantuk. Jika anda berada di dalam postur bersedia, minda anda akan
dipengaruhi untuk juga bersama bersedia. Jika anda berada di dalam postur orang
mengantuk, minda anda juga akan menjadi mengantuk. Jadi, sentiasa tegak dan
tersenyum tenang. Elakkan melakukan postur badan yang akan membuatkan minda
anda mengantuk dan tidak fokus seperti menongkat dagu, menunduk kepala, duduk
menggelongsor dan mata kuyu.
6. “Refresh” Visual:
Antara
punca ketegangan ketika belajar ialah ruang visual yang statik. Terlalu lama
melihat sesuatu yang sama akan membuatkan anda menjadi bosan dan mata menjadi
letih. Oleh yang demikian, segarkan visual anda dengan mengalihkan seketika
panorama visual anda, contohnya melihat pemandangan luar. Pemandangan
semulajadi terutamanya warna hijau mampu menenangkan dan menyegarkan mata anda.
Selepas seketika, tumpukan kembali fokus ke arah papan hitam.
7. Gerakkan Badan:
Lazimnya, anda duduk dan menulis untuk sesuatu mata pelajaran selama 1 hingga 1
setengah jam. Berada dalam keadaan yang sama untuk tempoh yang panjang
membuatkan otot-otot menjadi tegang. Gerakkan sedikit anggota badan untuk
menghilangkan ketegangan otot. Goyang kaki, tangan, lakukan senaman ringkas
serta pelbagai lagi pergerakan fizikal. Selain menghilangkan ketegangan otot,
pergerakan fizikal juga membantu menghantar lebih banyak darah ke otak
sekaligus menghilangkan mengantuk.
8. Minum Air:
90%
kandungan otak terdiri daripada air. Ketika proses pembelajaran, neuron-neuron
dan bahagian-bahagian otak beroperasi dengan aktifnya. Kesannya, otak akan
kehilangan banyak air dan oksigen. Antara kesan kehilangan air dan oksigen
dalam otak adalah mengantuk, letih, tidak fokus dan tidak bertenaga. Untuk
mengatasi masalah ini, minum air sama ada air masak atau air bergula. Minuman
ini akan membekalkan air, oksigen dan tenaga untuk otak. Otak kembali
bertenaga, anda kembali fokus.
9. Cukup Tidur:
Kurang
tidur menyebabkan pelajar seringkali mengantuk di dalam kelas. Apabila
tidur tidak cukup jamnya, bermakna badan dan otak tidak mendapat rehat yang
secukupnya. Kesannya, badan menjadi tidak bermaya, keletihan dan mengantuk. Hal
ini menyebabkan pelajar tidak mampu fokus. Oleh yang demikian, dapatkan tidur
yang cukup setiap hari. Tidur awal, tidur dengan postur yang betul serta ruang
tidur anda selesa, antara petua untuk anda mendapatkan tidur yang merehatkan.
10. Teknik Herotan:
Hilang fokus
juga dikaitkan dengan proses pembelajaran dan pengajaran yang membosankan.
Kembalikan keceriaan dengan Teknik Herotan. Teknik ini adalah antara teknik
menghilangkan stress mengikut kaedah NLP, iaitu mengherotkan realiti, cuma
diolah sedikit untuk sesi pembelajaran. Herotkan data anda daripada realiti
seperti menukar teks kepada lukisan lucu, cerita lucu dan tulisan lucu. Selain
itu, herotkan juga guru anda dengan membayangkan dia mempunyai telinga Mickey
Mouse, suara Donald Duck dan berbentuk seperti Patrick. Sedikit keceriaan akan
mengembalikan fokus anda. Cubalah!
Harrah's Resort Southern California, Valley Center, CA - Mapyro
ReplyDeleteFind Harrah's Resort 안산 출장안마 Southern California, Valley Center, 안성 출장마사지 CA, United States, price from Mapyro. Holiday Inn 인천광역 출장마사지 Suite 700 2 Bedroom Tower 계룡 출장안마 Suite 2 Rating: 2.7 · 11 문경 출장마사지 reviews