10 nasihat dari USAHAWAN untuk USAHAWAN
1. Yakin
pada diri sendiri
Keyakinan boleh dikaitkan dengan
keberanian. Berani mencuba dan berani menanggung resiko. Bila tiada orang lain
yang yakin pada anda, anda harus yakin untuk anda bangkit semula dalam bisnes
anda. Apabila hanya ada RM50 duit dalam poket anda, anda perlu yakin anda pasti
berjaya satu hari nanti.
2. Fokus
dengan bisnes yang pertama.
Sebelum memulakan bisnes lain anda harus
fokus untuk memajukan bisnes pertama anda hingga berjaya. Jadikan ianya ibu
duit . Jika apa pun terjadi dalam bisnes anda, anda masih ada tapak di bisnes
pertama anda. Jangan ditinggal bisnes pertama kita tu.
3.
Jangan cepat putus asa.
Kemurungan dan kekecewaan hanya akan
membunuh jiwa merdeka anda. Siapa pun ada masalah.Lebih lagi mereka yang
berbisnes. Anda perlu yakin menyelesaikan masalah tersebut. Teruskan berkayuh
supaya tidak jatuh walaupun perlahan. Allah tempat kita mohon petunjuk dan
berharap setelah kita berusaha. Mulakan keberanian yang baru.
4. Kejayaan
perlukan masa.
Jangan tamak dengan peluang. Kejayaan
perlukan masa dan fikiran dan tenaga. Betullah kata mak " yang cepat naik
takut takut cepat matinya".
5.
Bisnes untuk bantu ramai orang
Bisnes untuk staf, bisnes untuk islam,
bisnes untuk keluarga BISNES NI BUKAN HANYA UNTUK KITA. Bisnes memang susah,
mana ada yang senang. Bisnes bukan untuk duit. Bila anda kejar duit anda akan
dapat duit tapi penat.
6.
Jangan harapkan bantuan.
Bisnes kita, kita yang jaga. Jangan
harapkan orang lain boleh tolong bisnes kita. Jangan salahkan staf, jangan
salahkan kerajaan, jangan salahkan mentor jika bisnes kita teruk. Inikan bisnes
kita.
7.
Bisnes perlu sabar dan konsistan.
Mak selalu pesan dengan saya, bisnes
perlu sabar dengan cabaran dan halangan. Berjalan menuju target impian seperti
melangkah kaki kiri dan kanan. Kaki kiri kemenangan dan kaki kanan adalah
kekalahan. Yang pasti walaupun kalah dan menang akhirnya kita akan sampai
target impian.
8.
Bisnes untuk akhirat
Jika kita punya matlamat yang besar untuk
akhirat. Bila bisnes sedang baik kita bersyukur dan bila bisnes ada masalah pun
kita bersyukur. Allah akan beri rezeki yang melimpah ruah kepada mereka yang
bersyukur.
9.
Bisnes perlu ada impian.
Ramai usahawan suka-suka je berniaga.
Mereka tidak punya matlamat yang jelas untuk impian mereka. Bisnes mereka ikut
- ikut.
10.
Bisnes perlu ilmu
Ramai rakan usahawan yang bisnes membabi
buta. Saya juga begitu suatu hari dulu. Saya membayar yuran kegagalan yang
sangat mahal. Dengan ilmu dan berusaha memperbaiki diri setiap hari, anda pasti
berjaya. Belajarlah teknik marketing, belajarlah BMC, belajarlah kira untung
bukan besar kecil bisnesnya. Jangan sombong, belajarlah dengan siapa
sahaja.
Comments
Post a Comment