8 Tips Untuk Menjaga Otak Supaya Menjadi Lebih Bijak dan Pandai
Tentu anda suka bila anda dipuji sebagai orang yang bijak.
Untuk menjadi manusia yang bijak, anda mestilah mempunyai akal yang hebat
membuat pertimbangan. Akal yang hebat pula mestilah lahir daripada otak yang
cerdas.
Jom kita ikuti 8 tips untuk menjaga otak anda supaya menjadi
lebih bijak dan pandai!
1. Wajib mengambil sarapan pagi
Ramai pakar kesihatan menyatakan bahawa sarapan adalah
penentu kepada kualiti cara hidup anda sepanjang hari. Seseorang yang tidak
bersarapan pagi akan menyebabkan paras gula dalam darah menjadi rendah dan ini
akan mengurangkan bekalan nutrisi pada otak. Faktor ini akan menyebabkan banyak
sel-sel otak akan mati dan akan menjadi kurang aktif.
2. Elak makan secara berlebihan
Orang yang bijak biasanya amat menitikberatkan terhadap
pemakanan mereka. Ini kerana jika seseorang makan secara berlebihan akan
menyebabkan banyak darah akan dialirkan pada bahagian usus dan perut untuk
tujuan pencernaan. Ini menyebabkan kekurangan darah yang akan sampai ke otak
dan akan mengakibatkan seseorang itu malas, mengantuk dan hilang daya fokus.
3. Jangan merokok
Asap rokok sangat merbahaya kerana mempunyai terlalu banyak
bahan kimia yang sebenarnya akan merosakkan sel-sel otak anda.
4. Elak daripada mengambil gula secara berlebihan
Pengambilan gula yang berlebihan akan mengganggu penyerapan
protein dan nutrisi. Ia juga akan mengganggu perkembangan otak anda yang akan
menyebabkan anda menjadi seorang yang kurang bijak.
5. Hidu udara yang bersih
Otak merupakan pengguna oksigen terbesar dalam sistem badan
manusia. Menghidu udara yang segar akan membantu untuk mencerdaskan lagi otak
serta membaiki sel-sel otak yang rosak.
6. Tidur secukupnya, tapi jangan berlebihan
Tidak dinafikan tidur adalah cara terbaik untuk merehatkan
otak seseorang. Tetapi sekiranya ia dilakukan secara berlebihan, ia akan
menyebabkan otak menjadi kurang aktif dan secara tidak langsung akan melemahkan
daya berfikir seseorang.
7. Tidur dengan menutup muka
Tidur dalam keadaan meniarap atau mencekup muka dengan
bantal, buku, lengan atau sebagainya akan menyebabkan gas karbon oksida
terperangkan dan akan dihidu semula. Ini akan menyebabkan otak kekurangan
oksigen serta merosakkan sel-sel otak seseorang.
8. Kurang berimaginasi/berfikir
Sesuatu barangan yang jarang digunakan sudah pasti akan
mempengaruhi tahap persembahan sebenar yang mampu dilakukan. Begitu juga dengan
otak, sekiranya ia jarang untuk diasah ataupun dilatih, ia akan menyebabkan
pemikiran seseorang itu menjadi tumpul dan mereka akan menjadi kurang bijak.
( Selamat beramal ) AAAD ~~ Anda Amal Anda Dapat
Comments
Post a Comment