Posts

Showing posts from March, 2014

RAHSIA Petua Menjadi Pelajar Cemerlang Menurut Al-Quran

Image
Kita renungkan kembali beberapa petua atau tips kejayaan yang telah Allah SWT titipkan di permulaan surah Al-Mu’minun, surah yang ke-23 di dalam lembaran Al-Quran. ·          Keyakinan, kepercayaan and keimanan kepada Allah SWT “Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman.” [23:1] Iman dan kejayaan disebut oleh Allah SWT dalam ayat yang sama. Maka imanlah faktor utama kejayaan. Dan keyakinan yang tinggi inilah yang akan melahirkan sikap positif yang bakal disebutkan dibawah. ·          Fokus, bersungguh-sungguh, sepenuh hati “iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya.” [23:2] Lakukan satu-satu perkara dalam satu-satu masa. Jangan mencapah dan melayang fikiran ke sana ke mari. Lakukan dengan sepenuh hati, bukan sambil lewa. ·          Prioriti. Mengutamakan apa yang utama. “dan orang-orang yang menjauhkan diri dari lagha (perbuatan dan perk...

PETUA KUATKAN MINDA

Image
1. Ajar Kepada Orang Lain Jika ada sesuatu yang ingin anda pelajari, ajarkannya kepada orang lain. Proses pembelajaran secara tradisional ini akan membantu anda untuk mudah menghafal sesuatu idea. Pun begitu, anda mesti benar-benar memahami konsep dan bagaimana cara mengaplikasikannya. Untuk mengajar seseorang, kita harus bersedia dengan segala pertanyaan yang akan diajukan terhadap anda serta bersedia melihat topik dari sudut pandangan yang berbeza. Dengan berbuat begitu, kita sendiri mudah meningkatkan pemahaman kita. Mengajar orang lain juga bermaksud kita sentiasa mengulang-ulang ilmu yang kita perolehi. Secara tidak langsung ilmu itu akan berkembang dan lebih mendalam di dalam minda kita. 2. Tulis Artikel Memang mudah untuk mempelajari sesuatu dari buku. Hanya dengan membaca anda boleh memperolehi ilmu itu. Tapi apakah ilmu yang anda pelajari itu akan lebih mendalam dan berkesan hanya dengan membaca? Dalam sesuatu keadaan, jika anda perlu menulis sebuah artikel berken...

10 RAHSIA SENYUM DAN KETAWA:-

Image
RAHSIA 1. Senyuman mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi, menjadikan seseorang lebih selesa dengan diri sendiri.                                                        - Dapatan saintis RAHSIA 2. Individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan menurun lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa. - Dapatan kajian RAHSIA 3. Kanak-kanak yang berumur 4 – 6 tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa – tidak hairan orang ...

HEBAT NYA SUJUD

Image
Sujud melibatkan 5 anggota badan yang bertumpu pada bumi, iaitu dahi, hidung, kedua telapak tangan, lutut, dan kedua hujung kaki (jari-jari kaki). Sujud adalah merendahkan diri, memuji ALLAH and meminta segala macam kepada ALLAH .. Sekaligus, mengikis sifat sombong, ria, takabur, dll. Dr Fidelma O’Leary, Phd Neuroscience dari St Edward’s University, seorang muallaf, beliau mendapati fakta tentang manfaat sujud bagi kesihatan. Dalam kajiannya dia mandapati ada beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah dan urat ini hanya boleh dimasuki darah pada saat manusia sujud. Tetapi urat saraf ini hanya memerlukan darah untuk beberapa saat tertentu saja. Iaitu, pada waktu-waktu solat yang telah ditetapkan (waktu subuh, zuhur, asar, maghrib, ‘Isya). Subhanallah. Maka, sesiapa yang tidak bersolat maka urat mereka itu tidak akan menerima darah sehingga otaknya tidak berfungsi secara normal. Maka tidak hairan, timbul bermacam-macam gejala sosial masyarakat saat i...

11 SOALAN RAHSIA .. JIKA ANDA NAK BERJAYA DALAM PELAJARAN

Image
jawab  11 soalan berikut …… INI kerana ia dapat membantu mencapai kejayaan anda : 1.Benar-benarkah anda ingin mencapai kejayaan dalam peperiksaan.? 2.Adakah anda merasakan anda tidak mampu mencapai kejayaan ? 3.Selalukah anda bertanya tentang masalah-masalah pelajaran anda ? 4.Adakah anda mempunyai jadual waktu belajar yang jelas dan teratur ? 5.Adakah anda taat kepada jadual waktu yg telah dibuat ? 6.Adakah cara anda membaca memberi anda faedah yang sepenuhnya ? 7.Adakah cara anda mengulangkaji memberi faedah yang sepenuhnya ? 8.Tahukah anda cara hendak menimbulkan minat dalam pelajaran anda ? 9.Adakah anda merasakan kerja sekolah dan isi pelajaran anda terlalu banyak ? 10.Tahukah anda cara hendak mendapat faedah yang sepenuhnya dari perbincangan ? 11.Pernahkah anda menilai kemahuan diri sendiri ?

Teknik MEREHATKAN DIRI dalam belajar

Image
Belajar tanpa rehat akan menyebabkan anda jatuh sakit, otak tidak cergas dan seterusnya keputusan anda merosot. Disarankan beberapa langkah untuk berehat  1) Melihat keindahan alam semula jadi. 2) Berihat dalam belajar- berhenti sekejap (1-2 minit) 3) Tidur di tengah hari ( 30 minit sahaja). 4) Tidur malam (6-8 jam). 5) Aktiviti agama – spt: membaca al-quran, sembahyang dll. 6) Bermain & bersenaman ( 1 jam sehari).

MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI OLEH PELAJAR

Image
Masalah Cara Mengatasi: 1-Takut & Cemas Ikuti langkah-langkah yang telah diterangi sebelum ini. 2-Terlalu Banyak Kerja: -Memadatkan sukatan pelajaran, buang topik-topik yang tidak penting dalam sukatan pelajaran. -Hentikan amalan suka menengguh-nangguh atau membuang masa. Guna waktu dengan baik. Sewaktu anda malas, tidak tenang buatlah soalan objektif dan bila sudah tenang- buatlah aktiviti lain seperti mengulangkaji, membuat nota, latihan karangan dan sebagainya. -Tumpuan anda hanya pada pelajaran. - Patuhilah jadual waktu seperti yang telah disarankan dan ubah jadual waktu jika tidak sesuai. 3-Guru Tidak MemuaskanTerima sahaja guru sama ada baik atau tidak. -Apa yang penting sekarang anda sendiri mampu untuk bergerak tanpa bantuan cikgu. -Guru hanyalah sebagai tempat rujukan agar anda tidak tersesat. Lain-lain hal atas usaha pelajar sendiri. 4-Kegiatan Luas Sekolah Yang Banyak.Pelajaran adalah paling utama . Jangan biarkan kegiatan luar menggan...

Teknik MENILAI KEMAJUAN dalam belajar.

Image
Menguji kemajuan ,merupakah langkah yang boleh diambil untuk menentukan tahap keupayaan kita. Penilaian ini boleh memperlihatkan akan maju mundurnya akdemik kita. Cara Menggunakan Penilaian : 1. Ujian dan Latihan Darjah. a) Ujian / Peperiksaan yang dijalankan dalam kelas merupakan satu bentuk penilaian terhadap keupayaan kita. b) Dari keputusan peperiksaan dapat kita tentukan tahap kita terhadap penguasaan pelajaran / mata pelajaran. c) Bukan setakat penguasaan pelajaran, jawapan yang diberi juga perlukan penilaian. d) Mungkin kita sudah memahami tetapi cara jawab yang salah menjadikan keputusan kita merosot. e) Kita masih boleh memperbaiki kelemahan ini (diri / cara menjawab soalan) sebelum peperiksaan sebenar tiba. 2. Penilaian Dari Contoh Jawapan. a) Kita boleh membuat latihan dari soalan-soalan tahun lepas berpandukan contoh jawapan di dalam buku rujukan. b) Cuba jawab soalan dan bandingkan jawapan kita dengan contoh jawapan. Dimanakah kelemahan kita. c) Penil...

Teknik MENIMBULKAN MINAT belajar ..

Image
Pelajaran anda akan terasa seronok, mudah dan ringkas sekiranya anda mempunyai minat terhadapnya. Minat mementukan kejayaan anda. Kepentingan Menimbulkan Minat: 1. Rajin memperlajari sesuatu pelajaran. 2. Lebih mudah untuk menangkap isi-isi penting sesuatu pelajaran. 3. Bersungguh-sungguh bila berada di dalam kelas. 4. Otak akan sentiasa berjalan. Ingatan akan bertambah kuat. Bagaimana Menimbulkan Minat: Sebab 1 : Banar-benar ingin mengatahuinya contohnya bercinta. Sebab 2 : Anda telah biasa atau mempunyai kaitan dengan benda diajar. Contoh : membuat umai.. Sebab 3 : Perkara yang diajar itu telah anda ketahui terlabih dahulu. Contohnya : perusahaan sago. Caranya : 1. Untuk menimbulkan minat seseorang pelajar perlulah mengenal dahulu apa yang hendak dipelajari terutama sebelum diajar oleh guru. Anda perlu membaca mengenai topik tersebut lebih awal. 2. Tajuk yang sudah anda ketahui akan menyenangkan anda belajar kerana anda lebih faham daripada rak...

Teknik MENGULANGKAJI berkesan .

Image
Tujuan mengulangkaji ialah untuk mengingati semula isi pelajaran. Kekerapan mengulangkaji pelajaran mencerahkan peluang anda untuk berjaya dalam peperiksaan. Kepentingan Mengulangkaji: -Menguatkan hafalan dan ingatan anda. -Menjadikan isi pelajaran lebih jelas. -Dapat memberi perhatian kepada bahagian-bahagian yang kurang difahami. -Dapat menambahkan fahaman anda secara keseluruhannya. Jenis-Jenis Ulangkaji: Mengulangkaji pelajaran harian. -Ia mesti dilakukan pada hari itu juga selepas balik dari sekolah. Mengulangkaji pelajaran yang telah seminggu atau lebih : - Biasanya pelajaran ini masih bersangkut paut dengan pelajaran terdahulu. - Ulangkaji ini mustahak bagi membolehkan anda mendapat pandangan secara menyeluh tentang topik tersebut. - Kita menapis nota-nota yang telah dibuat dan pilih yang terpenting sahaja - Ia bertujuan untuk menjadikan nota kita tidak banyak dan berat . - Nota-nota penting inilah yang perlu diulangkaji selalu. Mengulangkaji pelaj...

Teknik Membuat Jadual Waktu Berkesan

Image
1. Ramai pelajar mempunyai jadual waktu tetapi tidak menepatinya. Seringkali terabai begitu sahaja. 2. Ada yang mengikutinya tetapi tidak menyeluruh menjadikan jadual waktu tidak begitu baik / merugikan. Penyusunan Jadual Waktu – Satu Panduan. -Jadual waktu yang baik perlulah disusun di antara membaca, membuat nota, membuat kerja rumah, mengulangkaji pelajaran lama dan pelajaran baru, melatih menjawab soalan objektif dan subjektif serta menyediakan pelajaran untuk esoknya. Perkara-perkara utama yang perlu ada (mengikut keutamaan) dalam jadual waktu adalah seperti berikut : -Kerja Rumah- mesti diutamakan dahulu. -Membaca dan membuat nota sendiri. -Menyediakan pelajaran untuk hari esok. -Mengulangkaji pelajaran lepas / baharu. -Cuba menjawab soalan objektif -Cuba menjawab soalan subjektif / karangan. Ringkasan : -Sains – perlu sebelah malam. Objektif sebelah siang. -Bahasa, matematik, soalan objektif – sebelah siang . -Geografi / P.Moral / PAI sebelah siang ter...

Teknik Membuat Nota Berkesan

Image
1. Kejayaan seseorang pelajar banyak bergantung kepada keupayaan / kebolehan membuat nota dengan kemas dan padat. 2. Susunan nota yang teratur, jelas, menarik serta mudah sangat penting. 3. Nota yang berjela-jela (panjang), berserabut, tidak teratur akan menyebabkan anda juga lemah untuk membacanya. Faedah-Faedah Membuat Nota : -Merupakan ulangkaji dan hafalan. -Memaksa anda memetik isi-isi / fakta-fakta penting pelajaran anda. -Nota amat penting dalam proses ulangkaji. -Tujuan membuat nota adalah untuk mengurangkan dan meringankan tugas kita bila membuat ulangkaji nanti. -Nota yang teratur, kemas, menarik dan padat akan menambahkan minat anda untuk belajar / ulangkaji. Jenis-Jenis Nota : -Nota yang diberi oleh guru semasa pengajaran. Biasanya sudah cukup dan perlu dicatat oleh setiap pelajar bila guru mengajar. -Nota-nota umum yang anda buat sendiri dari buku teks atau buku rujukan -Nota-nota isi / fakta penting sahaja. Ia berguna untuk rujukan kilat, menghafal...

TEKNIK MEMBACA SEBELUM KE KELAS.

Image
Membaca sebelum menghadiri ke kelas sering diabaikan oleh pelajar walaupun sedar akan kepentingannya. Kelebihan Membaca Sebelum Ke Kelas: -Berupaya melihat gambaran pelajaran anda dengan lebih jelas. -Boleh menentukan perkara-perkara uyang kurang difahami dan bersedia dengan soalan untuk menyoal guru. -Merasa lebih aktif dan bersemangat dalam kelas. -Tahu lebih awal topik yang akan dipelajari. -Lebih yakin bila menjawab soalan guru. Mudah memetik / membuat nota dari penerangan guru. -Menambah daya ingatan anda (proses ulangan) -Memudahkan anda memahami sesuatu topik. Masa dan Cara Membuat Persediaan :- -Sebaiknya sehari sebelum guru mengajar. -Lihat tajuk besar dahulu dan diikuti dengan tajuk-tajuk kecil agar anda memahami gambaran keseluruhan isi pelajaran topik berkenaan. -Cuba rujuk rajah, foto, graf dll jika terdapat. -Ulangi bacaan anda dan cuba membuat nota sendiri -Bandingkan nota anda dengan penerangan guru nanti. Ringkasan : -Anda mesti membaca pe...

TEKNIK MEMBUAT RUJUKAN DAN PERLUASAN PEMBACAAN.

Image
Faedah-Faedah Rujukan : -Meluaskan bacaan dan mendalami kefahaman terhadap sesuatu tajuk. -Proses ulangan dapat mengukuhkan ingatan anda. -Mengetahui topik pelajaran melebihi rakan-rakan. -Ada keyakinan diri pada diri pelajar. Bilakah Masa Yang Sesuai: -Rujukan pada anda bersedia berbuat demikian -Jangan tangguh bila ingin membuat rujukan. Ringkasan: -Merujuk meluaskan dan mendalamkan fahaman anda. -Kecerdasan anda akan diasah . -Merujuk mendorong anda untuk terus maju dan kehadapan dalam kelas -Janganlah terlalu detail / mendalam dan menjela-jela untuk mengelakkan kekeliruan dan kebosanan.

TEKNIK MEMBACA BERKESAN

Image
Tujuan :- - Membaca adalah proses untuk mendapatkan gambaran yang jelas mengenai bacaan atau pelajaran kita itu. - Dengan membaca bahan-bahan pokok serta keperincian yang penting dapat dipetik dan akhirnya hanya sedikit sahaja bahan yang mesti dihafal atau diulangkaji. Pemahaman:- - Matlamat membaca ialah untuk mendapatkan pemahaman. -Banyak masa akan terbuang jika apa yang dibaca tidak difahami. -Pelajar sering keliru semasa membaca tetapi tidak berusaha untuk mendapatkan  penjelasan. -Keadaan ini menjadikan mereka bosan dan malas membaca(putus asa). Faedah pemahaman: (jika anda faham apa yang dibaca): -Pemahaman bacaan awak menolong memahami isi berikutnya. -Tahu kedudukan isi pelajaran / fakta penting. -Rasa gembira dan berminat untuk membaca seterusnya. -Seronok dan aktif di kelas. -Mengambil nota dari guru sewaktu mengajar adalah mudah -Sewaktu membaca boleh membina soalan-soalan untuk disoal kepada guru  sewaktu mengajar nanti. -Menggala...