Teknik MENILAI KEMAJUAN dalam belajar.


Menguji kemajuan ,merupakah langkah yang boleh diambil untuk menentukan tahap keupayaan kita. Penilaian ini boleh memperlihatkan akan maju mundurnya akdemik kita.

Cara Menggunakan Penilaian :

1. Ujian dan Latihan Darjah.
a) Ujian / Peperiksaan yang dijalankan dalam kelas merupakan satu bentuk penilaian terhadap keupayaan kita.
b) Dari keputusan peperiksaan dapat kita tentukan tahap kita terhadap penguasaan pelajaran / mata pelajaran.
c) Bukan setakat penguasaan pelajaran, jawapan yang diberi juga perlukan penilaian.
d) Mungkin kita sudah memahami tetapi cara jawab yang salah menjadikan keputusan kita merosot.
e) Kita masih boleh memperbaiki kelemahan ini (diri / cara menjawab soalan) sebelum peperiksaan sebenar tiba.

2. Penilaian Dari Contoh Jawapan.
a) Kita boleh membuat latihan dari soalan-soalan tahun lepas berpandukan contoh jawapan di dalam buku rujukan.
b) Cuba jawab soalan dan bandingkan jawapan kita dengan contoh jawapan. Dimanakah kelemahan kita.
c) Penilaian ini perlulah dilakuan secara berterusan dari masa ke semasa hingga hari peperiksaan.

3. Penilaian Secara Lisan
a) Penilaian ini biasanya dijalankan secara tidak formal dan jarang diamalkan oleh pelajar.
b) Ia boleh dilakukan di mana sahaja.
c) Contohnya, seorang pelajar menyoal kawannya dan meminta beliau menghuraikan secara lisan sehingga satu pihak lagi berpuas hati.

Mengatasi Kelemahan.
-Setelah anda menilai diri sendir, sudah pasti anda tahu kelemahan dan kekuatan diri anda dalam pelajaran. Kelemahan anda boleh diatasi dengan cara :-
-Segera / selalu bertanya kepada guru/rakan tentang masalah anda dalam pelajaran.
-Dapatkan jawapan-jawapan / penjelasan yang betul bagi jawapan yang salah.
-Kerapkali mengulangkaji dan membaca nota-nota anda.
-Mahirkan diri dengan teknik menjawab soalan berpandukan kepada contoh jawapan.

Comments

Popular posts from this blog

10 Cara Terhebat !!!!! Motivasi Diri Sendiri Untuk Berjaya

RAHSIA Petua Menjadi Pelajar Cemerlang Menurut Al-Quran