HEBAT NYA SUJUD


Sujud melibatkan 5 anggota badan yang bertumpu pada bumi, iaitu dahi, hidung, kedua telapak tangan, lutut, dan kedua hujung kaki (jari-jari kaki). Sujud adalah merendahkan diri, memuji ALLAH and meminta segala macam kepada ALLAH .. Sekaligus, mengikis sifat sombong, ria, takabur, dll.

Dr Fidelma O’Leary, Phd Neuroscience dari St Edward’s University, seorang muallaf, beliau mendapati fakta tentang manfaat sujud bagi kesihatan. Dalam kajiannya dia mandapati ada beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah dan urat ini hanya boleh dimasuki darah pada saat manusia sujud. Tetapi urat saraf ini hanya memerlukan darah untuk beberapa saat tertentu saja. Iaitu, pada waktu-waktu solat yang telah ditetapkan (waktu subuh, zuhur, asar, maghrib, ‘Isya). Subhanallah.

Maka, sesiapa yang tidak bersolat maka urat mereka itu tidak akan menerima darah sehingga otaknya tidak berfungsi secara normal. Maka tidak hairan, timbul bermacam-macam gejala sosial masyarakat saat ini.

Karena letak otak di atas jantung, maka kata Alm.Prof Hembing : jantung, hanya mampu membekalkan 20% darah ke otak manusia, jadi dibantu dengan sujud yang lebih lama agar menambah kekuatan aliran darah ke otak. (Kalau begitu sesuai apa yang disuruh oleh Nabi Muhammad SAW, supaya kita sujud lama-lama di rakaat terakhir, sambil banyak meminta semua keinginan kita). 

Manfaat sujud lama-lama ini, untuk menghilangkan pening, dan migrain, menyegarkan otak, menajamkan akal pemikiran (peka), melegakan sistem pernafasan, membetulkan pundi peranakan yang jatuh, memperbaiki kedudukan bayi songsang, dll.

Otak merupakan pusat pengatur dari seluruh kegiatan manusia, di dalamnya terdapat banyak sekali urat-urat saraf, yang mempunyai tugas masing-masing. Bentuknya seperti orang tengah sujud… Subhanallah….!!

Comments

Popular posts from this blog

10 Cara Terhebat !!!!! Motivasi Diri Sendiri Untuk Berjaya

RAHSIA Petua Menjadi Pelajar Cemerlang Menurut Al-Quran