10 RAHSIA SENYUM DAN KETAWA:-
RAHSIA
1.
Senyuman mempunyai kaitan dengan penghasilan
endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi, menjadikan
seseorang lebih selesa dengan diri sendiri.
-
Dapatan saintis
RAHSIA
2.
Individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24
jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Apabila
kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Kemudian
kedua-dua kadar ini akan menurun lebih rendah daripada paras sebelum anda
ketawa.
- Dapatan
kajian
RAHSIA
3.
Kanak-kanak yang berumur 4 – 6 tahun ketawa
400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa –
tidak hairan orang dewasa lebih mudah diserang penyakit dan mengalami masalah
tekanan dan kemurungan.
- Dapatan
saintis
RAHSIA
4.
Senyum dan ketawa adalah dikategorikan
sebagai stress yang baik, yang membantu sistem ketahanan tubuh.
- Kajian
saintis, Universiti Pusat Perubatan California
RAHSIA
5.
Senyum dan ketawa boleh meningkatkan
hormon edorphinsdan hormon neurotransmitters dan penurunan
tahap hormon stress cortisol dan adrenalin.
- Dapatan
saintis
RAHSIA
6.
Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan
virus semulajdi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan
Gamma-inteferon (protin melawan penyakit), sel T (yang penting untuk
sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan
penyakit).
- Dapatan saintis
RAHSIA
7.
Senyuman juga mampu merendahkan tekanan
darah,menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung
merangsang proses penyembuhan.
- Dapatan
saintis
RAHSIA
8.
Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan
kimia badan dan merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi,
strok, atritis dan ulser.Kajian ke atas 300 responden mendapati 40% orang yang
mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat
- Pusat
Perubatan Universiti Maryland
RAHSIA
9.
Senyum dan ketawa antara senaman yang
baik kerana membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka,
kaki dan otot belakang badan. Ketawa mengurut organ dalam abdomen dan
menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan
keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan ketegangan psikologi;
membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.
RAHSIA
10.
Senyum adalah satu sedekah. Senyum mampu
menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyuman yang dilemparkan
mampu menyerikan hari insan lain, menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu
juga untuk memulakan sebuah ikatan.
Comments
Post a Comment