Teknik MENIMBULKAN MINAT belajar ..


Pelajaran anda akan terasa seronok, mudah dan ringkas sekiranya anda mempunyai minat terhadapnya. Minat mementukan kejayaan anda.

Kepentingan Menimbulkan Minat:
1. Rajin memperlajari sesuatu pelajaran.
2. Lebih mudah untuk menangkap isi-isi penting sesuatu pelajaran.
3. Bersungguh-sungguh bila berada di dalam kelas.
4. Otak akan sentiasa berjalan. Ingatan akan bertambah kuat.

Bagaimana Menimbulkan Minat:

Sebab 1 :
Banar-benar ingin mengatahuinya contohnya bercinta.

Sebab 2 :
Anda telah biasa atau mempunyai kaitan dengan benda diajar.
Contoh : membuat umai..

Sebab 3 :
Perkara yang diajar itu telah anda ketahui terlabih dahulu.
Contohnya : perusahaan sago.

Caranya :

1. Untuk menimbulkan minat seseorang pelajar perlulah mengenal dahulu apa yang hendak dipelajari terutama sebelum diajar oleh guru. Anda perlu membaca mengenai topik tersebut lebih awal.

2. Tajuk yang sudah anda ketahui akan menyenangkan anda belajar kerana anda lebih faham daripada rakan anda.

3. Anda mempunyai pengetahuan terhadap sesuatu tajuk sudah tentu akan menimbulkan minat dalam diri anda contohnya perusahaan perikanan.

4. Tajuk yang anda minati perlulah diperdalami tajuk itu dengan segera sementara minat anda masih ada.

5. Gunakan kemahiran yang anda perolehi di luar kawasan sekolah, seperti memasang wayer eletrik.

Menghadapi Tajuk / Pelajaran Yang Tidak Diminati

1. Mata Pelajaran yang tidak kita minati masih boleh diusahakan untuk lulus dengan cemerlang dengan cara menimbulkan minat semula .
2. Ubah iktikad / azam kita kepada pandangan yang positif contohnya, mengapa orang lain boleh , aku tak boleh..
3. Hadkan kandungan pelajaran itu kepada isi-isi penting sahaja untuk menghadapi peperiksaan. Ambil topik-topik yang biasa keluar dalam peperiksaan dan belajar dari sana.

Ringkasan :
-Anda perlu menambah minat anda terhadap pelajaran anda.
-Cara yang paling mudah ialah dengan membiasakan diri dengannya sebelum ia diajar oleh guru anda.
-Membiasakan diri mengenai sesuatu perkara itu boleh dilakukan melalui membaca ringkas mengenainya, melihat, mendengar dan bertanya mengenainya secara penggunaan hari-hari.
-Luaskan bacaan mengenainya selepas menerima ajaran guru.


Comments

Popular posts from this blog

10 Cara Terhebat !!!!! Motivasi Diri Sendiri Untuk Berjaya

RAHSIA Petua Menjadi Pelajar Cemerlang Menurut Al-Quran