8 Tips Untuk Menjaga Otak Supaya Menjadi Lebih Bijak dan Pandai
Tentu anda suka bila anda
dipuji sebagai orang yang bijak. Untuk menjadi manusia yang bijak, anda
mestilah mempunyai akal yang hebat membuat pertimbangan. Akal yang hebat pula
mestilah lahir daripada otak yang cerdas.
Jom kita ikuti 8 tips untuk
menjaga otak anda supaya menjadi lebih bijak dan pandai!
1. Wajib mengambil sarapan
pagi
Ramai pakar kesihatan
menyatakan bahawa sarapan adalah penentu kepada kualiti cara hidup anda
sepanjang hari. Seseorang yang tidak bersarapan pagi akan menyebabkan paras gula
dalam darah menjadi rendah dan ini akan mengurangkan bekalan nutrisi pada otak.
Faktor ini akan menyebabkan banyak sel-sel otak akan mati dan akan menjadi
kurang aktif.
2. Elak makan secara
berlebihan
Orang yang bijak biasanya
amat menitikberatkan terhadap pemakanan mereka. Ini kerana jika seseorang makan
secara berlebihan akan menyebabkan banyak darah akan dialirkan pada bahagian
usus dan perut untuk tujuan pencernaan. Ini menyebabkan kekurangan darah yang
akan sampai ke otak dan akan mengakibatkan seseorang itu malas, mengantuk dan
hilang daya fokus.
3. Jangan merokok
Asap rokok sangat merbahaya
kerana mempunyai terlalu banyak bahan kimia yang sebenarnya akan merosakkan
sel-sel otak anda.
4. Elak daripada mengambil
gula secara berlebihan
Pengambilan gula yang
berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Ia juga akan
mengganggu perkembangan otak anda yang akan menyebabkan anda menjadi seorang
yang kurang bijak.
5. Hidu udara yang bersih
Otak merupakan pengguna
oksigen terbesar dalam sistem badan manusia. Menghidu udara yang segar akan
membantu untuk mencerdaskan lagi otak serta membaiki sel-sel otak yang rosak.
6. Tidur secukupnya, tapi
jangan berlebihan
Tidak dinafikan tidur adalah
cara terbaik untuk merehatkan otak seseorang. Tetapi sekiranya ia dilakukan
secara berlebihan, ia akan menyebabkan otak menjadi kurang aktif dan secara
tidak langsung akan melemahkan daya berfikir seseorang.
7. Tidur dengan menutup muka
Tidur dalam keadaan meniarap
atau mencekup muka dengan bantal, buku, lengan atau sebagainya akan menyebabkan
gas karbon oksida terperangkan dan akan dihidu semula. Ini akan menyebabkan
otak kekurangan oksigen serta merosakkan sel-sel otak seseorang.
8. Kurang
berimaginasi/berfikir
Sesuatu barangan yang jarang
digunakan sudah pasti akan mempengaruhi tahap persembahan sebenar yang mampu
dilakukan. Begitu juga dengan otak, sekiranya ia jarang untuk diasah ataupun
dilatih, ia akan menyebabkan pemikiran seseorang itu menjadi tumpul dan mereka
akan menjadi kurang bijak.
Comments
Post a Comment