Teknik MENGULANGKAJI berkesan .


Tujuan mengulangkaji ialah untuk mengingati semula isi pelajaran. Kekerapan mengulangkaji pelajaran mencerahkan peluang anda untuk berjaya dalam peperiksaan.

Kepentingan Mengulangkaji:
-Menguatkan hafalan dan ingatan anda.
-Menjadikan isi pelajaran lebih jelas.
-Dapat memberi perhatian kepada bahagian-bahagian yang kurang difahami.
-Dapat menambahkan fahaman anda secara keseluruhannya.

Jenis-Jenis Ulangkaji:

Mengulangkaji pelajaran harian.
-Ia mesti dilakukan pada hari itu juga selepas balik dari sekolah.

Mengulangkaji pelajaran yang telah seminggu atau lebih :
- Biasanya pelajaran ini masih bersangkut paut dengan pelajaran terdahulu.
- Ulangkaji ini mustahak bagi membolehkan anda mendapat pandangan secara menyeluh tentang topik tersebut.
- Kita menapis nota-nota yang telah dibuat dan pilih yang terpenting sahaja
- Ia bertujuan untuk menjadikan nota kita tidak banyak dan berat .
- Nota-nota penting inilah yang perlu diulangkaji selalu.

Mengulangkaji pelajaran sepenggal / setahun:
-Gunakan nota-nota penting dalam bahagian 2 untuk mengulangkaji beberapa topik sepanjang penggal atau tahun.
-Anda masih boleh menyelidik mana-mana bahagian yang masih kurang difahami dan cuba fahami bahagian tersebut.
-Pembahagian Mata Pelajaran Dalam Mengulangkaji.
-Pelajaran Lemah Sering diabaikan oleh pelajar.
-Sepatutnya ianya perlu diberi keutamaan semasa membuat ulangkaji kecuali hampir dengan peperiksaan.
-Banyak bertanya untuk memudahkan anda memahaminya.
-Cuba sedaya upaya untuk memahami dan menguasai pelajaran ini.

Mata Pelajaran Yang Memuaskan:
-Jangan mengambil mudah jika anda memahami sesuatu pelajaran dan mas yang lebih juga perlu diberi kepada pelajaran ini bagi memastikan keayaan anda.
-Sewaktu peperiksaan, lebihkan masa untuk pelajaran seperti ini .

Cara-Cara Mengulangkaji / Kesannya :
-Mencoret / mengaris rangkaikata penting dari nota.
-Mengulangkaji nota dan buku teks.
-Kerja Rumah/ Latihan.
-Ulangkaji dengan soalan bentuk objektif
-Mengulangkaji dengan contoh-contoh jawapan kertas peperiksaan tahun lepas
bersama skima jawapan.
-Mengulangkaji melalui ujian-ujian yang diberi oleh guru.
-Mengulangkaji secara lisan (soal jawab bersama-sama rakan)

Ringkasan:
-Mengulangkaji nota-nota anda mesti dilakukan selalu.
-Rangkumilah semua mata pelajaran anda dalam sesuatu masa yang tertentu.
-Pisahkan antara nota umum dengan nota khusus (terpenting) Nota khusus perlulah diulangi dalam masa sehari atau dua kerana ianya ringkas dan merupakan kunci kepada topik pelajaran anda.
-Tekankan fahaman anda terhadap isi-isi pokok pelajaran anda.


Comments

Popular posts from this blog

10 Cara Terhebat !!!!! Motivasi Diri Sendiri Untuk Berjaya

RAHSIA Petua Menjadi Pelajar Cemerlang Menurut Al-Quran