PETUA KUATKAN MINDA
1. Ajar Kepada Orang Lain
Jika
ada sesuatu yang ingin anda pelajari, ajarkannya kepada orang lain. Proses
pembelajaran secara tradisional ini akan membantu anda untuk mudah menghafal
sesuatu idea. Pun begitu, anda mesti benar-benar memahami konsep dan bagaimana
cara mengaplikasikannya. Untuk mengajar seseorang, kita harus bersedia dengan
segala pertanyaan yang akan diajukan terhadap anda serta bersedia melihat topik
dari sudut pandangan yang berbeza. Dengan berbuat begitu, kita sendiri mudah
meningkatkan pemahaman kita. Mengajar orang lain juga bermaksud kita sentiasa
mengulang-ulang ilmu yang kita perolehi. Secara tidak langsung ilmu itu akan
berkembang dan lebih mendalam di dalam minda kita.
2. Tulis Artikel
Memang
mudah untuk mempelajari sesuatu dari buku. Hanya dengan membaca anda boleh
memperolehi ilmu itu. Tapi apakah ilmu yang anda pelajari itu akan lebih
mendalam dan berkesan hanya dengan membaca? Dalam sesuatu keadaan, jika anda
perlu menulis sebuah artikel berkenaan dengan sesuatu topik, apakah anda dapat
menghasilkan sesuatu yang lebih baik hanya dengan menulis? Oleh itu, jika anda
mahu menjadi ahli dalam suatu topik pilihan anda, baca dan tulislah buku
mengenai hal tersebut. Ini akan memungkinkan anda untuk menelusuri aspek-aspek
lain yang sedang anda pelajari. Dengan menuliskannya juga, anda akan
menghubungkannya dengan idea-idea yang sudah anda ketahui dan menciptakan
sebuah jaringan pengetahuan yang lebih baik.
3.
Jagalah tubuh anda dengan baik.
Sementara
anda mencuba untuk meningkatkan kemampuan belajar anda, anda harus memastikan
otak dan tubuh anda dalam keadaan sihat. Otak adalah sebahagian dari tubuh yang
memerlukan banyak bahan bakar dan oksigen jika anda mengharapkannya dapat
berfungsi secara efisyen. Dalam proses pembelajaran, anda harus memberi makan
dan merawat tubuh dan otak anda untuk memaksimakan proses.
Untuk mencapai matlamat tersebut, anda
harus:
·
Makan setiap beberapa
jam untuk mempertahankan gula darah anda pada level yang tinggi.
·
Bersukan setiap hari.
·
Melakukan rekreasi
secara releks beberapa minit setiap hari.
·
Tidur sekurang-kurangnya
tujuh jam setiap hari.
·
Minum banyak air.
·
Makan sedikit. Makan
yang berlebihan cenderung membuat orang menjadi mengantuk.
4. Belajar dengan Teknik Gambaran.
Belajar
sesuatu dengan teknik gambaran. Mulakan proses pembelajaran dengan melihat
gambar dan menterjemahkannya menjadi satu idea. Dari buku bergambar, cuba
belajar dengan menggunakan panca indera dan penglihatan. Saat anda perlu
memahami suatu hal dengan cepat, indera penglihatan akan membantu anda untuk
membuat gambaran tentang suatu topik pada fikiran anda. Gambarkan juga pada
selembar kertas. Anda boleh gambarkan apapun, sebuah imaginasi, grafik, atau
hanya aliran waktu. Sentiasa tambahkan gambaran pada fikiran anda sementara
anda belajar dan cuba menciptakan terus gambar di fikiran anda selagi anda
berfikir. Lebih baik lagi jika anda tidak membatasi diri anda dengan gambar
visual. Belajarlah dengan kekuatan panca indera tersebut yang disertakan sekali
dengan idea pemikiran anda.
5. Tingkatkan Motivasi Anda.
Motivasi
adalah alat untuk meningkatkan daya ingatan dan kesedaran. Cuba fikirkan
mahasiswa sekolah yang berusaha sebelum ujian bermula. Mereka memiliki motivasi
yang tinggi kerana ingin memperolehi sesuatu yang lebih baik dalam peperiksaan
tersebut. Mereka dapat menguasai sesuatu ilmu itu kerana mereka mahu. Motivasi
ini membuat proses pembelajaran mereka pada tahap motivasi yang tinggi. Jika
anda bukan lagi mahasiswa yang suka menunggu dan menanti namun tetap ingin
memotivasikan diri anda, cubalah berfikir sesuatu yang berkaitan dengan
cita-cita. Jika anda menciptakan suatu cita-cita yang terus anda kejar, maka
anda akan belajar lebih cepat sebagai motivasi untuk mendapatkan cita-cita
tersebut. Sebagai contoh, jika anda belajar atau bekerja untuk memahami
satu subjek yang berlembar-lembar, anda mungkin akan memberi motivasi diri anda
untuk pergi ke kedai buku atau perpustakaan, bermain video game, atau mungkin
menonton rancangan TV kegemaran anda. Oleh itu, pilihlah jenis motivasi yang
sesuai dengan anda.
6. Belajarlah Selagi Anda Belum Tidur.
Alangkah
indahnya bila anda dapat menghabiskan waktu tidur sambil mempelajari bahan
pelajaran dengan hanya menekan CD player anda? Tentu saja indah. Tetapi
bolehkah kita belajar sesuatu perkara semasa kita tidur? Satu kajian dari
sebuah universiti mengatakan bahawa kita dapat belajar semasa tidur, namun
perkara itu tidak dapat dilakukan jika anda tertidur nyenyak. Namun, menunjukan
bahwa anda dapat belajar pada masa tidur ringan, sebuah keadaan sebelum anda
tertidur nyenyak. Perlu diingat bahwa apa yang anda dengar itu tidak lebih dari
fakta, kosa kata, dan perkara yang ringan lainnya. Anda tidak dapat mempelajari
sesuatu yang berat pada tahap tidur ringan.
Comments
Post a Comment