TEKNIK MEMBACA BERKESAN



Tujuan :-
- Membaca adalah proses untuk mendapatkan gambaran yang jelas mengenai bacaan
atau pelajaran kita itu.
- Dengan membaca bahan-bahan pokok serta keperincian yang penting dapat dipetik
dan akhirnya hanya sedikit sahaja bahan yang mesti dihafal atau diulangkaji.

Pemahaman:-
- Matlamat membaca ialah untuk mendapatkan pemahaman.
-Banyak masa akan terbuang jika apa yang dibaca tidak difahami.
-Pelajar sering keliru semasa membaca tetapi tidak berusaha untuk mendapatkan
 penjelasan.
-Keadaan ini menjadikan mereka bosan dan malas membaca(putus asa).

Faedah pemahaman: (jika anda faham apa yang dibaca):
-Pemahaman bacaan awak menolong memahami isi berikutnya.
-Tahu kedudukan isi pelajaran / fakta penting.
-Rasa gembira dan berminat untuk membaca seterusnya.
-Seronok dan aktif di kelas.
-Mengambil nota dari guru sewaktu mengajar adalah mudah
-Sewaktu membaca boleh membina soalan-soalan untuk disoal kepada guru
 sewaktu mengajar nanti.
-Menggalak anda meluaskan lagi bacaan anda.

Cara Membaca:
-Menggaris
-Membezakan isi-isi penting (Terpenting,penting dan keterangan)
-Meneliti rajah-rajah
-Membuat nota-nota dari bacaan anda. Ini akan meringankan beban anda.
-Mengenal isi sepintas lalu seperti kandungan,tajuk utama,tajuk kecil dll.
-Mengulangkaji bacaan anda daripada nota-nota yang dibuat
-Mencuba soalan-soalan dan Latihan yang ada contoh jawapan dapat memperbaiki kelemahan diri dengan membetulkan semula kesalahan itu.

Ringkasan :
-Fahaman adalah unsur yang terpenting sekali dalam membaca. Kesulitan anda haruslah mendapat penjelasan agar bacaan anda tidak membosankan.
-Menanda dan membuat nota dari bahan bacaan besar faedahnya.
-Ulangkaji bacaan anda.
-Hadkan kepada rajah-rajah dan nota-nota anda.
-Fakta-fakta haruslah kerap diulangkaji ( 2-3 hari sekali).


Comments

Popular posts from this blog

10 Cara Terhebat !!!!! Motivasi Diri Sendiri Untuk Berjaya

RAHSIA Petua Menjadi Pelajar Cemerlang Menurut Al-Quran